Sambutan Hari Guru pada kali ini merupakan smbutan yang pertama bagi aku sebagai seorang guru praktikal yang menyumbang bakti kepada SMK Kedai Buloh, Kota Bharu...Sebagai guru, ucapan "SELAMAT HARI GURU" daripada anak didiknya telah menghiburkan hatinya, sebgai tanda penghargaan dan terima kasih di atas jasanya..
Bagi aku, sambuatan Hari Guru pada kali ini memberi aku pengalaman dan kenangan yg tak mungkin aku lupakan..Terima Kasih diucapkan kepada semua yang mengucapkan "selamat hari guru" kpd saya serta jutaan terima kasih kpd pihak sekolah yg turut memberikan hadiah sempena hari guru sebagai tanda kenang-kenangan...
Di sini saya menulis sebuah sajak khas kepada semua guru-guru di Malaysia...
Guru
Kau ibarat sebatang lilin
Yang menerangi insan dalam kegelapan..
Guru
Kaulah pendidik anak bangsa
Yang tidak pernah kenal erti lelah dan jemu
Demi menyampaikan ilmu..
Tanpamu guru
Tiadalah insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..
Guru
Tugasmu terlalu berat untuk dipikul
Terlalu sukar untuk dilaksanakan
Jasamu terlalu banyak untuk dihitung
Terlalu luas untuk dinilai
Terlalu besar untuk dibalas...
"Guru Penjana Transformasi Negara"
No comments:
Post a Comment