Wednesday, December 12, 2012

Kuih ApAm or Roti JaLa

KuiH aPAm

Pernah makan tak kuih apam? Org ckp kuih ni ssh nk buat..klo jadi buat, terror lah..
Saya cuba jgk la blajar buat kuih ni dgan mama saya, tp x berapa nak jadi la..huhu
Maklum lah, bru 1st time buat..nanti klo cuba berkali2, jadi elok la nih..tapi bile tu nk cuba lgi?huhu



nah...dapat dua bekas skli buat..banyak kan... 

RoTi JaLa

Kalau org luar, pnggil roti jala..klo org kampung, nak2 di kawasan pantai timur ni, panggil pukat buruk..
Biasanya, kuin ni makan dgn kuah kari..tapi kitorang kat sini makan degn kuah manis (kuah nisan)... pernah mkan x? Kuih ni sedap..bagi orang yang suka mkan la..nak buatnya pon senang, tak mcm apam kat atas tu..


skali makn, xcukup...nak tambah lgi...hihi


ni lah rupanya roti jala @ pukat buruk :D




12.12.12


Cantik kan tarikh 12.12.12 (12 Disember 2012)...
Ramai yang sibuk buat kenduri kahwin pada tarikh dan hari yang cantik ni..
Tapi saya tak tempah pulak tarikh ni nk buat majlis kawen...xde jodoh lagi nak kawen..hehe

Hari ni sebenarnya hari lahir adik saya yang CUN, Masturah..hehe (suke la die kalau die taw saya puji die)
Tapi die tak ade kat umah sekarang ni..ada kat UITM..
Tak dapat la nak sambut birthday same2..Wish saje dah cukup

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Masturah...



Selamat hari lahir adikku, smoga pnjg umur, murah rezeki, dan 
berjaya hidup di dunia dan akhirat..
luv u dear <3



Monday, December 10, 2012

JaLan2 Vs ShOpPing

Aku ni ade 3 adik beradik perempuan.. kalau puji sorang je, sorang lagi jeles lah..kalau nak tahu, aku anak sulung, masturah yang ke 2 dan yang ke3 pulak Madiana.. Kitorang ni kalau jalan sekali macam kawan2 je..org x sangka kite adek bradik..yang lucunya, org akn cakap aku ni adek, adek aku masturah tu kakak..ble org ckap mcm tu, muncung la hidung dia..hahhaa..madiana pulak x bolah org cakap die tu besar...marah + mencuka la muka die..lawak2..haha

Aik, dah crita bnda lain ni..berbalik semula ke topik kita..jalan2 Vs shopping..hihi..saje je nk mmperkenalkan adek saya, anak yang ke 2.. die ni kaki jalan..x shoping xpa, window shooping dah cukup..:D


kalau anda bijak, cuba teka bangunan apa kt blakang tu..hehe.. smpat je kitorg brhnti skjp kt sni, smata2 nak ambik gmbar..:)


skrang ni, kitorang dah ade kat shopping complex...bnyak nya gift kat kedai ni..xtaw nk pilih yg mane...semua nak..huhu


wah wah....2 bijik skali pkai spek tu..terlebih over ni..haha


rehat sekejap..pnat la jalan2... nak makan sushi king x? jom mam..hihi:D


aik....shopping 1 plastik je sorang..bli apa agaknya ye...jeng jeng....


Sunday, December 9, 2012

JALAN-JaLAn KuAla tErenGGaNu

Aku ni sebut je org Terengganu, tapi blh kira brapa kali je gi bandar kuala Terengganu..Dalam tahun ni SEKALI je aku pergi sane..biasanya kalu nk shopping ke ape, prefer pergi Kuantan berbanding K.T sbb lebih dekat..hehe.. Kat sni sy smpat ambik beberapa keping picture mase pegi jalan2 kat K.T bersama adek saye yg cute, Madiana..:D


ni dekat BUKIT PERMAISURI, ade kubu untuk pertahanan zaman2 dulu :D


ni adek saya, Madiana...kat belakang tu istana..


tadaaa....ni bile kite zoom kan nk tgk istana lebih dekat lagi


kitorang naik bot nak tengok pulau2 di kuala terengganu ni..maca-mcm pulau ade kat sane


ini pulak masjid kristal...kitorang ambik gambar ni mase naik bot..cantik kan..


kalau nak tau, ni pulak pandangan masjid kristal dari darat..


penat2 jalan, kitorang singgah kat kedai burger homemade...kdai ni kdai kawan saya punye..best burger die..rugi kalau datang terengganu x mkn burger ni..hihi.. nmpak x mata saya tu, nmpak sgt nk tdo..da pnat, jalan seharian..:)

Saturday, May 21, 2011

DAri HatiMU unTUkku...

Banyak udang banyak garam...banyak orang, banyak ragam....
Same jgak dgn anak2 didikku, rambut sama hitam tapi hati lain2...
Untuk mengetahui apa yang tersirat di hati mereka aku menyuruh mereka menulis tntang aku pada sekeping kertas tanpa nama untuk mnyatakn kelebihan dan kelemahan aku..Dari situ, aku cube untuk baiki diriku...
Tp kebanyakan memuji aku (ayat nak mengepom la tu kononnya..haha)
Ade jgak x kurang hebatnya anak murid aku, siap buat pantun lgi...

"Dari luar datangnye beliau,
Mengajar di kelas 2A3,
Sains diajarnya beliau,
Cikgu Madihah diberi..."

"Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama cikgu Madihah ku sorang"

Tak kurang juga ade pelajar aku yang memberi komen yang membina...katanya, aku perlu lebih tegas dengan budak lelaki...mendenda mereka yang x bawa buku...btol kate mereka tapi kdg2 dalam tegas ade kelembutan..x boleh jgk nk trus tegas dalam menghukum...mungkin mereka ade sbb x blh nk bw buku...lebih baik tidak menghukum daripada salah menghukum...mungkin tu prinsip aku..

"Cikgu suka menyoal pelajar lepas belajar. Cikgu tidak suka merotan pelajar tetapi menyoal pelajar dgn soalan2 yg baru dipelajari. Cikgu serius smasa belajar.Cikgu baik dan penyabar. Cikgu cute, peramah dan apa yang diajarnya mudah difahami."
"cikgu yang serius tp sporting ketika mengajar"

Terima kasih juga diucapkn kpda semua plajar yang asyik memuji aku...tp x tahu la btol dri hati atau cume di atas kertas..tp apa yg baik aku cube kekalkn dan ape yg buruk aku cuba baiki...
Ade jgak peljar yang meminta aku mngjar sampai akhir tahun kerana baginya sistem pngajaran aku baik, mudah difahami dan pertanyaan aku sebelum dan selepas pngajarn ttg sesuatu topik menarik minat mereka...
Tp, aku x mungkin dapt mngjar smpai akhir tahun krn aku cme mnyumbang bkti di situ smpai hjung bln 8 shj...

"Saya ada duit beribu-ribu
Saya ucapkan Selamat Hari Guru"
Terima kasih juga diucapkan kepda semua yang mengucapkan hari guru n memberi sokongan kpd aku...
TERIMA KASIH SEMUA!!!!

Tuesday, May 17, 2011

MaSa Oh MaSA,,,

Pejam celik pejam celik dah dekat 2 minggu aku berada di Kelantan...Cepat je rase masa berlalu...spnjg 2 minggu ni pon dah bnyak pengalamn yang aku perolehi...mmg btol2 mendewasakan diri ini..

Bermula dgn hari pertama mengajar, kasut aku terkopak..
Kemudian melayan kerenah para pelajar yang suka menyakat guru..
Pulang ke rumah pintu terkunci dari dalam..
Bukan sekali tp dua kali...
Terpaksa panggil pemilik rumah untuk buka pintu...
Waktu cuti, x balik kampung tp menumpang kasih di rumah kawan..
Belajar pulak makan makanan yang unik tp menarik
Seterusnya, konon nk g mkn malam kt kedai..
parking kereta kat bahagian dalam..
Lupe ade match bola mlm tu "Kelantan vs Selangor"
Bile dah order makanan, orang ramai mula bertandang...
Biasa la, bile ade bola, oreng lelaki la yang paling bersemangat n dok lepak2 kt kedai.
Dah hbis mkn, nk balik x boleh...
kereta n motor bnyk, menyekat laluan kereta kwn aku nk keluar..
mahu x mahu, terpksa tunggu bola habis...:(
Keesokannya, plan nk g cari umah sewa..
Tunggu sebentar ade tetamu datang..
Tiba masa, pergi cari umah sewa tp silap tempat..
Pergi pulak rumah org dah berkeluarga...
Nak dikatakan rezeki, mak cik tu bg buah pauh ringan...nyum..nyum..
Perjalanan diteruskan...
Sehinggalah sampai satu masa kereta mati dgn sendri...
Nasib baik kereta mati di bahu jalan...
Cuba tolak kereta tp x hidup jugak..
walaupon panas tp nmpk cool jer...x menggelabah pon..
Mintak tlong org laki bru kereta hidup...
Baru nak start jalan, mati semula..
Pak Cik yg baik hati tu tlg pnggilkn pomen..
Lpas tu, konon nk blnje waris pomen tu minum air sbb tolong kami,
 tp die pulak yg blnje kitorg..rezeki btol..nk kasi duit xnk ambik..
Bukan stkt blnje, tp bw kitorg cari umah sewa baru..
Akhirnya objektif awal tercapai..
Rumah sewa baru ditemui...
Tp booking tuk bulan depan la..:)
Ptg tu, smpat lagi keluar berkelah kat Pantai Cahaya Bulan..
Bawa pulak bekal bihun goreng, nugget, keropok bersama air sunquick...
Makan pula beramai-ramai, sungguh menyelerakan..
Walaupon penat n mengantuk tapi best...
Hari Cuti pada hari ini betol2 terisi dgn jadual yg menarik n tersusun tp tak dirancang..:D

Monday, May 16, 2011

SeLAmAt HaRI GuRU

"Guru Pemangkin Transformasi Negara" merupakan tema bagi smbutan hari guru pd thun ini..Tema ini sgt bertepatan dengan tugas guru sebagai pendidik, pembimbing serta sbg role model untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang demi kemajuan dan kemakmuran negara.
Sambutan Hari Guru pada kali ini merupakan smbutan yang pertama bagi aku sebagai seorang guru praktikal yang menyumbang bakti kepada SMK Kedai Buloh, Kota Bharu...Sebagai guru, ucapan "SELAMAT HARI GURU" daripada anak didiknya telah menghiburkan hatinya, sebgai tanda penghargaan dan terima kasih di atas jasanya..
Bagi aku, sambuatan Hari Guru pada kali ini memberi aku pengalaman dan kenangan yg tak mungkin aku lupakan..Terima Kasih diucapkan kepada semua yang mengucapkan "selamat hari guru" kpd saya serta jutaan terima kasih kpd pihak sekolah yg turut memberikan hadiah sempena hari guru sebagai tanda kenang-kenangan...

Di sini saya menulis sebuah sajak khas kepada semua guru-guru di Malaysia...

Guru
Kau ibarat sebatang lilin
Yang menerangi insan dalam kegelapan..
Guru
Kaulah pendidik anak bangsa
Yang tidak pernah kenal erti lelah dan jemu
Demi menyampaikan ilmu..
Tanpamu guru
Tiadalah insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..
Guru
Tugasmu terlalu berat untuk dipikul
Terlalu sukar untuk dilaksanakan
Jasamu terlalu banyak untuk dihitung
Terlalu luas untuk dinilai
Terlalu besar untuk dibalas...

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU semua...
"Guru Penjana Transformasi Negara"