Thursday, March 17, 2011

Coretan mengeni Al-Quran

Sy sgt terharu slps mmbaca 1 artikel yang ditulis oleh kwn sy mngenai al-quran..Walaupun kita tahu betapa susahnya al-quran itu dihasilkan, namun ramai yang tidak menghargai al-quran.


Pernahkah kita terfikir, adakah kita cukup menghargai AlQuran? Kenapa kita kena hargai AlQuran?


Sebab, kita harus tahu, betapa susahnya untuk sahabat-sahabat dahulu menulis al-Quran.
Apabila Rasulullah menerima wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibril, Rasulullah akan menyampaikan wahyu itu kepada sahabat-sahabat. Dan, sahabat-sahabat menyalin satu persatu wahyu dari Allah ini. Dan setiap patah dan ayat AlQuran yang disalin daripada bacaan Rasulullah ini, akan Rasulullah tanyakan kepada Jibril samada tepat dan benarkah apa yang ditulis kerana betapa wahyu Allah dijaga kesuciannya agar tidak tersilap tulis. Kenapa bukan Rasulullah sendiri yang menulis? Kerana Nabi Allah yang mulia itu buta huruf, dan, tidak dapat menulis. Dan, hikmah disebalik kejadian Rasulullah yang tidak dapat manulis ini adalah, menjadi bukti kepada orang-orang terdahulu bahawasanya, ayat AlQuran, bukanlah direka-reka oleh Rasulullah, tetapi, sebenar-benarnya daripada Allah swt. Allahuakbar.

Menurut artikel itu lagi, semasa kita membaca al-Quran, para malaikat akan datang kepada kita, dengan jarak yang sangat hampir, terlalu hampir,kerana malaikat-malaikat ingin mendengar bacaan AlQuran yang dibaca oleh kita, para muslimin,muslimat. Kerana,Malaikat tidak boleh membaca alQuran dan hanya boleh mendengar bacaan AlQuran daripada kita. Mengapa kita beruntung? Kerana kita adalah makhluk yang dipilih oleh Allah, yang dapat membaca AlQuran, diberi kebaikan sebanyak sepuluh kali ganda untuk setiap huruf yang dibaca. Subhanallah. Dengan hanya membaca, 'alif lam mim', kita mendapat 30 ganjaran kebaikan. Tidakkah kita makhluk Allah yang sangat beruntung?
Menurut sahabat saya, perkongsian ini ialah daripada Ustazah Badriyah, ketika di majlis Qira'at, Birmingham University.

Firman Allah SWT :


Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;(surah al-Qiyamah, 75:17-18)

No comments:

Post a Comment